Saya ingin mohon sesiapa yang terlibat tidak kisahlah dari sumber - TopicsExpress



          

Saya ingin mohon sesiapa yang terlibat tidak kisahlah dari sumber mana sekali pun saya mohon agar mengadakan avokasi tentang Pendidik awal kanak kanak (Taska) di Malaysia. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kes kes kemalangan di Taska. Dimana ia dapat membantu tugas dan tanggungjawab pendidik awal kanak kanak dengan lebih professional dan sangat teliti. Tidak cukup dengan kertas kerja yang gah atau sop yg tip top depan mata tetapi pendidik awal kanak kanak tidak tahu apa peranannya yang sebenar. Saya rasa hampir sebahagian Pendidik awal kanak kanak (Taska) tidak yakin dengan kerjaya mereka buktinya apabila ditanya apa pekerjaan mereka..mereka akan menjawab , saya kerja jadi pengasuh JEEEER..... kenapa harus ada JEEER...kenapa mereka tidak yakin....kerana kita sudah biasa di wa war kan dengan kerjaya professional yang lain, cikgu, doktor,arkitek, usahawan, engineer, lecturer, peguam,artis, penyanyi, pemuzik dan lain-lain. Pernah tak kita tengok tv, baca majalah, baca buku diselitkan tentang sesuatu watak itu sebagai Pendidik kanak kanak (Taska ). Dimana kerjaya ini harus sangat teliti dan sama tarafnya dengan kerjaya professional yang lain. Seperti yang saya selalu kata kita bukan doktor dan kita bukan jururawat tetapi kerjaya kita melibatkan nyawa dan keselamatan kanak kanak dimana itu adalah perkara pertama yang setiap pendidik awal kanak kanak harus fikirkan. Bukan datang kerja dan balik kerja sahaja. So media masa, eletronik, penerbit filem, penerbit drama atau mereka yang seangkatan dengannya sila bantu bidang kami untuk masyarakat tahu dan bersama sama masyarakat untuk menjaga anak anak kecil Malaysia. Bukannya masuk media massa atau elektronik itu hanya untuk mempromosi Taska tetapi ia lebih kepada penekanan peranan pengasuh itu sendiri. Peranan itu yg saya ingin tekankan. Saya mohon maaf kalau ia menyinggung mana2 pihak tapi ini yang saya nampak.
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 06:33:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015