Saya setuju Proton perlu tingkatkan kualiti pengeluaran, dan - TopicsExpress



          

Saya setuju Proton perlu tingkatkan kualiti pengeluaran, dan sebagainya (maaf saya akui saya tidak reti soal teknikal berkaitan kereta,bahkan saya tidak reti memandu). Tapi kalau ini alasan menteri untuk menggantikan Proton dengan model kereta luar negara tidakkah ini tindakan menganak tirikan produk tempatan? Bukankah lebih baik jika kerajaan bersabar dan memberi ruang kepada Proton atau setidaknya menggesa Proton mempergiat usaha mengeluarkan kereta model baru? Ini tidak,dengan mudah kerajaan menganaktirikan Proton dan seolahnya membenarkan persepsi dan tanggapan negatif umum terhadap Proton. Padahal urusan yang melibatkan penggunaan kenderaan rasmi boleh dibilang melalui jari,nak dibandig dengan golongan marhaen yang guna kereta untuk mencari sesuap nasi! #MF
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 21:30:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015