Sedih membaca buku novel sejarah Islam. Ada satu buku tu - TopicsExpress



          

Sedih membaca buku novel sejarah Islam. Ada satu buku tu mempunyai 300 lebih muka surat tetapi fakta di dalam buku tu hanya 20-30 muka surat sahaja. Selainnya, jalan cerita yang diulang-ulang beserta dengan ayat dan cara penceritaan yang hambar. Rugi masa membacanya. Ingatan buat penulis genre ini, jangan tulis buku kalau tidak cukup maklumat. Menghabiskan duit, tenaga dan masa pembaca sahaja. Lebih baik tulis buku yang lebih serius tajuk dan isinya. Lebih kaya dengan maklumat. Kepada pembaca, berhati-hatilah ketika membeli buku. Zaman sekarang, penulis buku lebih ramai yang gila duit daripada gila berkongsi. Setiap tahun berpuluh-puluh buku dihasilkan sehingga mengabaikan kualiti maklumat yang ditulis. Yang penting duit masuk. Ilmu menjadi bahan perdagangan.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 06:31:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015