Sememangnya kita boleh tuntuk tidak bersetuju dengan perkara yang - TopicsExpress



          

Sememangnya kita boleh tuntuk tidak bersetuju dengan perkara yang bercanggah dengan Ajaran ISLAM.. Saya sebagai muslim, tidak boleh menerima LGBTIQ kerana ISLAM melarang perkara tersebut secara jelas di dalam Al Quran. Sebagai penganut agama Islam, semua orang kena hormat pendirian saya yang ingin patuh pada ajaran Agama. Tambahan pula saya yakin yang saya bukanlah seorang muslim secara tradisi, tetapi saya mendalami Islam dan yakin dengan pegangan ini. Islam mengajar kita hikmah dalam mengeluarkan pandangan. Islam juga agama yang menekankan kasih sayang dalam kita mengemukakan kritikan. Lebih Penting, Islam ialah agama yang sangat menganjurkan Syura, yang boleh ditafsirkan sebagai mesyuarat, dialog, konferens, ijtima, konvensyen dan sebagainya... Maka sebagai penganut muslim yang patuh pada ajaran Al Quran dan Sunnah. Kita sewajarnya mengkaji permsalahan yang timbul dan turut sama mengemukakan jalan penyelesaian yang terbaik.. Contohnya, cadangan yang diusulkan oleh COMANGO adalah hadir daripada pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat. Maka sepatutnya kita turut sama mendengar masalah tersebut dan mengemukakan jalan penyelesaian mengikut kaca mata Islam. Tetapi apa yang berlaku ialah, Aktivis Dakwah terus menghentam cadangan COMANGO tanpa duduk semeja dan mendengar masalah yang berlaku. APAKAH INI ISLAM YANG CUBA DIPAMERKAN ? ISLAM DENGAN PEDANG ?
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 03:59:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015