Siasatan kini masih dijalankan bagi memburu suspek yang dikenali - TopicsExpress



          

Siasatan kini masih dijalankan bagi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37. Suspek juga dipercayai berbahaya kerana memiliki selaras senjata jenis pump gun dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya yang mempercayai suspek masih berada dalam negara ini. Ekoran kejadian itu, Mohd. Shukri turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar-gambar mangsa yang boleh menyebabkan mereka yang didapati melakukannya diambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kita (polis) sudah membuat laporan dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar mangsa yang dipercayai boleh mengggangu siasatan dan proses undang-undang. Adalah menjadi satu kesalahan bagi orang awam termasuk anggota polis melakukan perbuatan tersebut dan kita boleh mengambil tindakan mengikut seksyen tersebut, ujarnya. - KOSMO Artikel Penuh: kosmo.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2iifr7q3u Hakcipta terpelihara
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 08:14:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015