Steve Darby bersama TRW, beliau mengulas banyak - TopicsExpress



          

Steve Darby bersama TRW, beliau mengulas banyak perkara: Bolasepak Malaysia mendapat liputan di UK selepas jurulatih yang terkenal seperti Bryan Robson dan Peter Reid mengwar-warkan rakan senegara iaitu Steve Darby dan mengucapkan selamat berjaya untuk Kelantan musim depan. 2 bekas pemain kebangsaan England itu ada persamaan dengan Darby - mereka ada pengalaman di Thailand. Reid menjadi jurulatih kebangsaan Thailand pada 2008-2009. Robson pula pada 2009-2011. Darby sendiri sebagai penolong jurulatih pada 2008 dan pengurus pasukan Thailand bawah 23 pada 2009. Darby ternyata mampu tersenyum lebar bila mendapat khabar gembira dengan kemasukan pemain baru Kelantan musim 2014 - Mohamed Shawky, bekas pemain kebangsaan Mesir yang berkhidmat dengan Middlesbrough (2007-2010). Robson tidak memikat Shawky (seperti mana Gareth Southgate lakukan) tetapi jurulatih beliau di Middlesbrouh memberikan maklumat yang mengujakan untuk Shawky, Darby memberitahu sports247.my. Pemain2 bolasepak bukannya sebaik malaikat tetapi jika anda melayan mereka secara individu dan dengan hormat, kebiasaannya anda akan mendapat aksi yang terbaik dari mereka. Bryan (Robson) dan Eric Cantona berbeza karektor mereka tetapi (Sir Alex) Ferguson melayan mereka secara individu dan hasilnya sangat hebat. Anda tak akan sentiasa lebih tinggi daripada setiap pemain tetapi saya percaya tanggungjawab jurulatih untuk menggunakan apa saja kaedah untuk mencapai prestasi terbaik daripada pemain. Orang kata Khalid Jamlus mempunyai karektor buruk. Tipulah! Dia adalah profesional di tahap tertinggi ketika bersama Perak dan tidak pernah ponteng latihan dan sentiasa bekerja keras. Jadi imej pemain tidak menggambarkan realiti sebenar mereka. Juara treble tahun lepas, Kelantan hanya mampu menang Piala FA musim ini bila kehilangan beberapa pemain. Musim baru ini pula, Kelantan kehilangan 16 pemain tetapi beberapa pemain bintang dibawa masuk untuk memikul cabaran di bawah kendalian Darby yang mempunyai kontrak 2 tahun. Selain Shawky, pemain kebangsaan Lebanon iaitu Mohammed Ghaddar menyambung kisah cinta bersama TRW. Pemain Liberia, Francis Forkey Doe juga tersenarai ketika Obinna Nwaneri dikekalkan. Kelantan akan mula berlatih pada 2 Disember sebelum menyertai kejohanan 4 penjuru melibatkan Perak, Pulau Pinang dan Perlis pada 3 hingga 11 Disember. Kemungkinan besar pula akan menyertai Asean Cup di Hanoi pada 15 hingga 22 Disember (bergantung pengesahan jemputan FAM. Jelajah ke Indonesia juga ada dalam jadual pada 4 hingga 13 Januari depan.
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 00:24:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015