Tak bahaya mandi malam Ramai yang berpendapat, mandi malam boleh - TopicsExpress



          

Tak bahaya mandi malam Ramai yang berpendapat, mandi malam boleh mendatangkan penyakit kronik. Sejauh mana kebenarannya? Pada 2012, seorang doktor perubatan di hospital swasta, Dr Anies Tan berkata, kajian menunjukkan mandi bukan saja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Katanya, kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini. “Negara mempunyai iklim tropika di mana cuacanya panas dan lembab, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan. Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia (jangkitan dari satu atau dua paru-paru yang biasanya disebabkan bakteria dan virus) dan tinggal di negara yang beriklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus,” katanya. Jelas, ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/02 18 0 Google +0 0 1 Artikel Lain Berkayuh di Osaka Dulu tersipu, sekarang berbulu Terlebih dos Cantik pun susah Boros tangkai jering Video Lagi Video Paling Popular Keracunan lauk ayam masak merah Kepala abang dalam peti beku Ditikam kerana rebut isi minyak Siang alim malam setan Meninggal dua kali
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 05:49:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015