Tak sangka, ada jugak rakyat Malaysia yang masih mengatakan - TopicsExpress



          

Tak sangka, ada jugak rakyat Malaysia yang masih mengatakan “syukurlah Malaysia ni masih aman. Tidak ada perang macam di Palestine, Syria, Mesir bla bla bla”. Hello… Kamu semua tahu tak bagaimana kehidupan mereka di sana? Setiap hari mereka berdoa. Lidah sentiasa dibasahi dengan zikrullah.. Hidup ingat Allah, mati ingat Allah… Ya! Memang Malaysia ni aman. Disebabkan amanlah kita masih sempat melakukan perkara lagho, merempit tanpa hala tuju, masih sempat mabuk berjoget hingga ke pagi, berjudi, bersosial tanpa batasan… Tidak kah kamu terfikir bahawa ‘keamanan’ ini adalah 1 ujian daripada Allah? Kerana terlalu ‘aman’ lah kadang-kadang solat tak khusyuk, fikir lepas ni nak makan apa, cerita apa kat tv, kekasih hati tengah buat apa… Untungnya mereka di sana kerana keutuhan iman, sentiasa beribadat kerana mereka tahu maut akan menjemput mereka pada bila-bila masa sahaja.. Bukanlah bermaksud saya mahukan negara berperang, cuma pelik masih ada segelintir manusia yang masih tidak mengerti maksud aman yang sebenar... *Aman yang sebenar bukanlah dalam bentuk suasana, tapi aman yang hadir dari dalam jiwa yang harmoni… #COPYPASTE
Posted on: Sat, 03 Aug 2013 17:09:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015