Tetapi realiti di Malaysia masih lagi di tahap yang menyedihkan. - TopicsExpress



          

Tetapi realiti di Malaysia masih lagi di tahap yang menyedihkan. Dengan anak-anak mudanya yang berpeleseran seolah-olah dunia ini tak akan kiamat. Orang-orang tua pun tidak terkecuali. Yang makcik-makcik, asal ada kenduri je, hamboi sakan mengumpat. Padahal tengah buat kenduri kesyukuran. Ironi terlalu. Pakcik-pakcik pun sama jugak. Keluar-keluar je dari masjid, mulut terus berasap. Walhal kat masjid tadi baru dengar ceramah Maal Hijrah. Tu belum kita cerita lagi pasal isu-isu semasa yang melanda rakyat Malaysia. Kes tembak-menembak yang rancak macam tengah main polis and thief, dadah, zina, rogol, korupsi, penyelewengan, masalah sosial dan banyak lagi. Kalau nak diceritakan semuanya, sampai maal hijrah tahun depan pun belum tentu habis. Justeru apa lagi rakyat Malaysia mahu? Tak cukup lagi ke ilmu agama yang diberi? engineeringminda.blogspot/2013/11/kembara-tarbiah-4-kefahaman-yang-kita.html
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 12:33:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015