Tidak ada apa yang menghairankan apatah lagi yang menjelikkan - TopicsExpress



          

Tidak ada apa yang menghairankan apatah lagi yang menjelikkan dengan media arus perdana di Malaysia. Sejak Mesir di bawah pemerintahan Gamal Abdul Naseer lagi media Malaysia melaporkan kehebatan, keunggulan dan kemahsyuran sosok Gamal Abdul Naseer. Sesuatu yang menakjubkan (dipersilakan untuk muntah hijau) apabila seorang pemerintah yang zalim lagi kejam diangkat sebagai hero dalam kalangan masyarakat di Tanah Jawi suatu ketika dahulu termasuklah di Tanah Melayu. Berita-berita mengenai Mesir atau lebih khusus lagi berkenaan Gamal Abdul Naseer adalah antara topik yang paling hangat diperkatakan sehingga beliau diagung-agungkan sebagai pemimpin Islamis yang tersohor dan berkaliber. Bahkan, berita kematian Gamal Abdul Naseer disambut dengan perasaan penuh dukacita oleh seluruh penduduk Tanah Melayu sehingga ada yang sanggup meratapi kematiannya. Tidak ketinggalan juga ada yang melakukan solat hajat ghaib dan kenduri arwah di atas pemergian bekas presiden Mesir tersebut. Sesuatu yang amat ironi sekali penerimaan dan tanggapan masyarakat Islam di Tanah Melayu yang mengangkat kepimpinan tokoh diktator sepertinya walhal beliau lah yang menyeksa dan menzalimi masyarakat Islam seperti tokoh kesayangan hamba Zainab al-Ghazali al-Jubaili dan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang laen. Hanya selepas episod kebangkitan Islam dan gerakan Islam yang ditandai dengan kepesatan media alternatif, maka barulah masyarakat Islam mendapat berita yang tepat dan benar mengenai keadaan sebenar di Mesir. Pada waktu itulah masyarakat mula menyedari peribadi sebenar Gamal Abdul Naseer dan siapakah sebenarnya Ikhwanul Muslimin. Lalu, apa lagi yang hendak dibanggakan dengan media arus perdana hari ini yang melazimi pujian ke atas kepimpinan Basyar al-Assad sekali gus mengangkat Basyar al-Assad sebagai pemimpin Islam yang terhormat sementara Presiden Morsi pula dihujani dengan pelbagai kritikan, tohmahan dan cercaan yang menjelikkan. Inilah zaman di mana yang zalim itu diangkat sebagai sangat suci dan mulia sementara yang terbukti perjuangannya dalam menegakkan keadilan dihina dan dicerca. Oh, sangat mendukacitakan. Benarlah, hanya jauhari mengenal manikam. # Jika diri tiada pengetahuan/’ilm tentang sesuatu hal atau perkara janganlah memandai-mandai menuduh dan menghina orang yang tidak sealiran kefahamannya dengan kita apatah lagi jika yang dihina itu seorang ulama’. Sollu ‘alan Nabbiy.
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 05:13:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015