Untuk peringatan diri sendiri saja (dan siapa-siapa yang mau - TopicsExpress



          

Untuk peringatan diri sendiri saja (dan siapa-siapa yang mau mengambil peringatan): Alhamdulillah tani berpuasa mencari redha Allah, mudah-mudahan amalan kitani diterima sepenuhnya... aamiin. Malam karang malam raya, ngam-ngam lagi malam Jumaat. Beramallah kitani dengan amalan-amalan yang ditinggalkan Rasul s.a.w kepada kitani, jangan hapuskan pahala puasa sebulan dengan amalan tahyul seperti menunggu roh si mati pulang ke rumah – kepercayaan datuk nenek moyang kitani yang berasal dari ugama Hindu. Ani strategi Iblis, yang mula-mula sekali dibuatnya, sebaik-baik saja tani meninggalkan Ramadan yang mulia ialah mencemari aqidah kitani dengan kekotoran. Jangan campuradukkan amalan yang batil dengan amalan yang benar. Tinggalkan amalan-amalan datuk nenek yang penuh dengan ketahyulan jangan lagi diwariskan ke anak cucu. وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42) وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". (Al-Baqarah ayat 170) Marilah tani lawan strategi Iblis ani. Marilah tani melaungkan takbir hari raya yang tantu sudah disunatkan. Oleh sebab malam ani malam Jumaat seperti biasa luangkanlah jua masa untuk membaca Surah Al-Kahfi dan berselawat sebanyak-banyaknya. Yang lurus dari Allah. Salah silap dari kadiaku pinta dibetulkan. Allah lebih mengetahui.
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 01:32:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015