Ya Hanana buat insan2 yang diuji ALLAH. Saat dirimu berjaya - TopicsExpress



          

Ya Hanana buat insan2 yang diuji ALLAH. Saat dirimu berjaya melepasi ujian itu,dirimu akan merasakan nikmat melebihi rasa sakitnya saat diuji itu. Bahkan pernah seorang penuntut ilmu yg begitu byk cubaannya ke majlis ilmu,akhirnya tatkala dia dapat mendapat manfaat dari taman syurga tadi,hilang segala resah. Bahkan diri sendiri,saat tengah down melihatkan result exam suatu masa dulu tidak seperti diharapkan namun saat dpt berjumpa Habib Umar Benhafidz secara dekat hilang segala kesedihan di hati yg mencengkam. Memang dunia hanyalah tempat persinggahn yg smentara,maka sakit pahit maungnya hanya sementara. Jika permata sebelum menjadi intan berlian yg begitu cantik perlu mengalami proses tekanan yg tinggi. Dan seorang penyelam yg nak mendapatkan mutiara indah di dasar laut,permulaannya belum tentu dia berjaya ke dasar,seandai sudah berjaya sampai ke dasar belum tentu dia berjaya menentukan tiram yg kelihatan hodoh dna kasar itu ada mengandungi mutiara yg indah dan jika sekalipun berjaya mendapatkannya belum tentu dia mampu kembali sedar diri ke permukaan laut. Begitulah lumrah orang yg dicintai ALLAH.Maka bertahanlah ! Kuatkan sangka baik diiringi doa yg tidak putus pada ALLAH. Jika bisa,dampingi alim ulama dan orang soleh dan jika tidka keberatan bgi mereka ,ceritakan masalahmu kepada orang soleh itu.Sekurangnya kita ada dalam doa mereka buat kita.InsyaALLAH. Sahabat,tolonglah jangan berputus asa dari rahmat ALLAH.Allah hanya mengkehendaki kebaikan buat kita. Selepas kesusahan ada kemudahan. selawat~
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 15:17:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015