antara pendapat al-Buti berkaitan politik ialah beliau berpendapat - TopicsExpress



          

antara pendapat al-Buti berkaitan politik ialah beliau berpendapat tidak ada dalam islam kepelbagaian parti dalam masyarakat islam. Beliau berhujah dengan ayat al-Quran iaitu : حزب الله yang bermaksud parti Allah bukannya parti-parti Allah أحزاب الله. penggunaan kata mufrad حزب bukannya أحزاب. Bagi beliau antara ciri sebuah kerajaan islam ialah kerajaan yang diperintah oleh orang islam sekalipun terdapat banyak kepincangganya...Beliau menegaskan حزب الله dalam al-Quran bermaksud kumpulan orang2 islam yang diikat dengan kalimah syahadah... Pendapat beliau ini jika digunakanpakai oleh masyarakat islam pada hari ini ianya akan dapat menjauhkan daripada segala tuduhan yang daripada satu kumpulam islam terhadap kumpulan islam yang lain bila tidak cukup islamik, disamping pendapat beliau ini jika digunapakai dapat mewujudkan suasana persaudaraan antara sesama islam walaupun dia seorang yang fasiq, pencuri, perompak, penzina atau pemimpin yang zalim,,,,,Menurut beliau kita hanya membencikan perangai atau kejahatan yang dilakukan individu terbabit sahaja. Kita tidak perlu membenci batang tubuhnya...sebab peranan muslim hanya menyeru ke arah kebaikan dan melarang segala kemungkaran..Apakah untungnya jika kita mendoakan keburukkan kepada saudara muslim kita..............Lebih baik dan ada untungnya kita mendoakan hidayah dan petunjuk untuk saudara seislam kita yang melakukan kesalahan dalam hidupnya...
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 02:24:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015