ikhwanul muslimun digeruni puak sekular dan barat.. mereka telah - TopicsExpress



          

ikhwanul muslimun digeruni puak sekular dan barat.. mereka telah menujukkan kekuataan mereka dlm perang arab 1948 dengan mengalahkan israel di palestin... ===== Ikhwan al Muslimin muncul sebagai sebuah gerakan Islam berpengaruh di Mesir setelah penubuhannya pada tahun 1927. Gerakan ini meyakini bahawa Islam adalah akidah dan sistem yang menyeluruh. Justeru itu, agenda kebangkitan ummah tidak terhad kepada kawasan atau bangsa tertentu mahupun sempadan geografi. Agenda kebangkitan yang dibawa oleh Ikhwan al Muslimin bersifat menyeluruh. Imam Hasan al-Banna telah dilahirkan pada hari Ahad, 14 Oktober 1906 bersamaan 25 Syaaban 1324H di Mahmudiyah, salah satu wilayah Buhairah di Delta Nil. Ayah beliau, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman merupakan seorang yang warak, berakhlak mulia dan bertaqwa. Pada Mac 1927, Hasan al-Banna bersama adiknya dan lima orang sahabat berkumpul di rumah beliau dan bersumpah setia untuk qhidup dan mati kerana Islam. Mereka itu ialah Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-husari, Fuad Ibrahim, Abdur Rahman Hasabullah, Ismail Iz dan Zaki al Maghribi. Pada ketikaitu Hasan al-Banna berumur 23 tahun dan baru sahaja mendapat ijazah daripada Darul Ulum serta sedang berkhidmat sebagai guru bahasa di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyyah. Penubuhan Ikhwan al-Muslimin bermula dengan kerjasama enam sahabat tadi. Gerakan Ikhwan al Muslimin telah berkembang dengan pesat setelah markasnya dipindahkan keKaherah pada tahun 1932. Dari sudut organisasi, Ikhwan al Muslimin telah dibahagikan kepada beberapa majlis (jawatankuasa) tertentu dengan cawangannya di seluruh Mesir. Jawatan tertinggi ialah al-murshid al-‘amm (Pemandu Am) yang menjadi pemimpin dan pengerusi bagi dua buah badan pentadbiran tertinggi iaitu Maktab al-Irshad al-‘amm (Majlis Pemandu Am) dan al-hay’at al- ta’sisiyyah (Majlis Perunding). Pada awal penubuhan Ikhwan al Muslimin, kegiatannya terhad kepada usaha pembaharuan masyarakat umum. Pada tahun 1934, Ikhwan al Muslimin terus berkembang dan pada tahun tersebut, lebih daripada 50 cawangan Ikhwan al Muslimin telah dibuka di Mesir. Seterusnya pada tahun 1935, Imam Hasan al-Banna mula bergiat dalam politik. Pembawaan beliau lebih menjurus kepada perubahan menyeluruh dalam corak pendidikan, ekonomi, masyarakat dan politik supaya bertepatan dengan dasar-dasar Islam. Perjuangan Ikhwan al Muslimin diteruskan semenjak zaman Muhammad Mahmud Pasha sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua Pada tahun 1938, Ikhwan al Muslimin mula melibatkan diri dalam bidang politik di Mesir. Pada tahun 1940-an, Ikhwan al Muslimin merupakan sebuah gerakan yang paling kukuh di Mesir berbanding Parti Sosialis dan Komunis. Menurut Imam Hasan al-Banna, Ikhwan al Muslimin merupakan sebuah gerakan yang berlandaskan rancangan-rancangan yang mencakupi setiap sudut pembaharuan rakyat. Ikhwan al Muslimin merupakan gerakan keagamaan yang mempertahankan al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam penulisan terakhir beliau, Antara semalam dan hari ini, Imam Hasan al- Banna turut menegaskan bahawa dua matlamat besar anggota Ikhwan al Muslimin adalah membebaskan dunia Islam daripada cengkaman kuasa asing serta menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di muka bumi Allah. Di dalam risalah al-Ta’lim, Imam Hasan al-Banna telah menyatakan jihad sebagai salah satu dasar baiah kepada ahlinya. Jihad merupakan satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Tahap pertama jihad ialah mengingkari dengan hati dan yang paling tinggi ialah perang di jalan Allah. Antara dua tahap tadi ialah jihad dengan lidah, pena dan tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang kejam. ========== Pergolakan di Palestin merupakan satu isu yang diberi perhatian oleh gerakan Ikhwan al Muslimin. Apabila masalah Yahudi (Zionisme) muncul di Palestin, mereka merupakan golongan yang pertama sekali berasa sensitif terhadap penderitaan yang menimpa umat Islam di sana. Perjuangan Ikhwan al Muslimin bertekad untuk membebaskan Palestin yang merupakan sebuah negara umat Islam. Imam Hasan al-Banna menyatakan di dalam ucapannya bahawa tuntutan kemerdekaan Palestin adalah kerana warga Palestin adalah saudara seakidah yang tidak pernah berpisah. Penyatuan yang diberi oleh Allah tidak akan dapat dipisahkan oleh manusia lainnya. Ini bertepatan dengan doktrin wawasan dakwah yang digagaskan oleh Imam Hasan al Banna iaitu membebaskan ummah dari sebarang sekatan politik. Ummah mestilah dibebaskan dari kongkongan politik supaya ia memperoleh kemerdekaannya serta kedaulatannya yang telah hilang. Ketika Revolusi Palestin tercetus pada tahun 1936, Ikhwan al Muslimin telah menubuhkan Lajnah Isnad Filastin sebagai tanda keprihatinan mereka berhubung perkara itu. Ini dinyatakan oleh Imam Hasanal-Banna di dalam bukunya Mudhakarat al Da’wa wa al Da’iyah. Antara peranan yang dimainkan oleh Ikhwan al Muslimin terhadap masyarakat Palestin ialah menyalurkan bantuan kewangan serta sokongan moral kepada Palestin pada tahun 1936-1939. Kempen 10 sen untuk Palestin telah dilancarkan oleh Ikhwan al Muslimin dalam kalangan ahlinya. Di samping itu, Ikhwan al Muslimin juga memberi tekanan politik kepada kerajaan yang Pro British kerana polisi-polisi British lebih berpihak kepada Zionis. Perkembangan ini membawa kepada penubuhan dan gerakan Ikhwan al Muslimin secara rasmi di Palestin. Pada tahun 1943, ia ditubuhkan di bawah nama Jam’iyah al Makarem al Aqsa . memberi arahan. Dalam satu mesyuarat pada 6hb Mei 1948, Ikhwan al Muslimin telah mendesak Mesir serta negara-negara Arab lain agar mengisytiharkan jihad menentang Israel dengan menggunakan apa sahaja cara untuk menyelamatkan Palestin. Persidangan PBB pada 29 November telah menghasilkan resolusi untuk membahagikan Palestin kepada dua bahagian (55% untuk Yahudi dan selebihnya untuk Arab). Pada 14 Mei 1948, British telah mengisytiharkan penubuhan Negara Israel dan Tel Aviv sebagai ibu kotanya. Presiden Amerika Syarikat mengiktiraf kedaulatan Negara haram Israel diikuti oleh Inggeris, Perancis, Rusia dan lain-lainnya. Berikutan itu, pada 15 Mei 1948, Negara- Negara Arab mengisytiharkan perang ke atas Israel. Negara-negara Arab iaitu Jordan, Mesir, Iraq, Syria dan Lubnan menghantar tentera ke Palestin untuk memerangi penjajah baru iaitu Yahudi. Sejumlah besar anggota Ikhwan al Muslimin menjadi tentera sukarelawan berjihad untuk menentang penjajahan zionis. Beliau mengutus beberapa battalion tntera Ikhwan Muslimin ke Palestin. Beliau berhasrat menghantar ribuan lagi untuk membebaskan Palestin dari tangan Yahudi. Ikhwan al Muslimin di bawah kepimpinan Imam Hasan al-Banna telah menghantar tiga batalion tentera untuk berperang bersama-sama 12 batalion tentera Mesir pada tahun 1948. Angkatan tentera Ikhwan al Muslimin merupakan pasukan yang paling aktif dalam perang Arab-Israel 1948. Mereka mendapat kemenangan dalam banyak operasi. Angkatan jihad Ikhwan al Muslimin berjaya sampai ke pintu masuk Tel Aviv dan hampir mampu menguasainya, namun dinafikan oleh pengkhianatan pemerintah-pemerintah Arab pada masa itu. Mereka bimbang sekiranya Ikhwan mendapat kemenangan, pengaruh dan sokongan terhadap Ikhwan al Muslimin akan bertambah dan sukar disekat. Raja Farouk telah memenjarakan ramai ahli Ikhwan al Muslimin manakala Perdana Menteri ketika itu, Nuqrashi Pasha telah mengharamkan Ikhwan al Muslimin. Pada 8 Disember 1948, beliau telah mengeluarkan perintah larangan terhadap Ikhwan al Muslimin agar tidak lagi bergerak bebas. Ikhwan al Muslimin di bawah pimpinan Imam Hasan al-Banna telah melakukan usaha yang gigih serta berperanan penting dalam menentang kewujudan negara haram Israel sehingga musuh Islam merasakan Ikhwan al Muslimin dan pimpinannya adalah musuh utama Yahudi. Permusuhan ini menyebabkan mereka ingin menghapuskan Imam Hasan al-Banna dengan tujuan menyingkirkan batu penghadang kepada negara haram Israel. Pertembungan ini mencetuskan permusuhan mereka terhadap Imam Hasan al Banna dan gerakan Ikhwan al Muslimin. Meskipun terpaksa menghadapi kekuatan Barat dan pemerintah yang Pro Barat serta tentera zionis di Palestin, Ikhwan al Muslimin terus mara ke hadapan demi menegakkan cita-cita murni yang telah digariskan. Mereka adalah tentera yang bersemangat jihad serta cintakan syahid. Melalui keberanian dan dedikasi yang dipamerkan anggota Ikhwan al Muslimin terhadap perjuangan ini, beberapa orang ahli angkatan tentera Mesir turut mengikut jejak langkah mereka, antaranya Jamal Abdul Nasir. Hal ini menyebabkan kerajaan Mesir terpaksa menyokong perjuangan Arab di Palestib dengan berselindung di bawah program Liga Arab. Pengkhianatan pemerintah yang pro barat jelas terserlah ketika mana anggota Ikhwan Muslimin yang terlibat di dalam peperangan ini berada di pinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil mereka pulang. Kepulangan mereka mereka disambut dengan penjara dan tali gantung oleh pemerintah bahkan Imam Hasan al-Banna telah dibunuh dengan kejam. Imam Hasan al-Banna ditembak syahid pada 12 Februari 1949. Kesemua ini menyumbang kepad kekalahan umat Islam di dalam perang Arab- Israel 1948 seterusnya membolehkan Yahudi kembali berkuasa. Kesan kekalahan di dalam peperangan tersebut, negara Israel telah terbentuk di atas negara Palestin dan wilayah Palestin terpecah kepada beberapa bahagian iaitu Gaza diletakkan di bawah kekuasaan Mesir manakala Tebing Barat di bawah kekuasaan Jordan.
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 13:52:10 +0000

Trending Topics




Day of Resurrection .....
Once when the world was younger They would paint the sky On the
Im so happy to see that you were all able to send a Happy Birthday
Okay you guys! Voting closes tonight. I thank you all kindly for
Well today is the end of one amazing journey. I have met some many

Recently Viewed Topics




© 2015