seindah mawar berduri, bagian 5. memang cukup disegani. Usrah - TopicsExpress



          

seindah mawar berduri, bagian 5. memang cukup disegani. Usrah yang dikendalikannya diakui sangat terkesan di hati, menambahkan keimanan, menaikkan semangat juang dan menyedarkan dari kealpaan. Dia bercakap dari hati, bias menembusi tiap hati yang mendengarnya. Selepas 15 minit berlalu, urusan mengambil ubat selesai. �Asrar, enti baliklah berehat. Kan doktor dah cakap tadi, enti perlu banyakkan rehat�badan enti tu dah terlalu letih,� pujuk Faranaqwiah. �Tak apalah Fara, ujian sikit jea Allah bagi nie! InsyaAllah sebagai pengkifarah dosa. Orang mengaku pejuang tak boleh memanjakan sangat dirinya. Rasulullah lagi teruk diuji dengan peperangan�Takkan demam sikit ni pun nak dijadikan alasan untuk tinggalkan usrah tu..rugilah ana nanti..� Khazinatul Asrar tidak mahu mengalah. Kali ini, Faranaqwiah pula terpaksa akur pada kemahuan Khazinatul Asrar setelah puas dipujuknya agar pulang berehat. Dia memahami semangat cintakan ilmu yang Khazinatul Asrar miliki. Setibanya di dewan kuliah, seangkatan pimpinan usrah sudah pun bersiap sedia dalam soff mereka. mantap. Presidennya sedang lantang berucap di hadapan. Khazinatul Asrar dan faranaqwiah menggagahkan jua untuk menyertai mereka walaupun terpaksa bertebal muka kerana datang lambat. Sebaik sahaja ketibaan mereka dalam saff itu, al-akh presiden berhenti berucap secara tiba-tiba. Mereka berdua berasa serba salah kerana telah mengganggu kelancaran majlis. �Sekali lagi ana nak memberi peringatan bahawa orang yang memikul amanah membawa risalah dakwah sepatutnya menjaga peribadi diri dari semua segi untuk dijadikan qudwah hasanah. Terutamanya dari segi ketepatan masa. Masa dalam hidup pejuang lebih sedikit daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T sendiri memberi peringatan tentang masa dalam al-Quran. Sepatutnya, ana tak perlu lagi mengulangi peringatan ini kepada orang yang bergelar pemimpin kerana dia sepatutnya lebih bijak memimpin masa sendiri..� sinis dan tegas Mustaqhim Al-Qordhowi menegur kelewatan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah. Ketegasan memang sudah sebati dalam peribadi Presiden itu apabila berhadapan dengan kesilapan. �Maafkan ana..mungkin enti berdua masyaqqoh. Boleh bagi alasan?� Mustaqhim Al-Qordhowi bersuara lagi. Kali ini lebih berdiplomasi. Sebagai presiden, dia memang bertanggungjawab memastikan kualiti disiplin setiap pimpinan pelajar yang membawa imej Islam di mata UKM. �er..tadi..� Faranaqwiah cuba menjelaskan tetapi dipotong oleh Khazinatul Asrar. �Ana yang menyebabkan Faranaqwiah lambat! Ana minta maaf atas kelewatan ini dan bersedia menerima mua�qobah. Teruskanlah majlis untuk menghormati masa�� pinta Khazinatul Asrar. Dia tidak mahu demamnya diheboh-hebohkan kerana mungkin akan merisaukan teman-teman seperjuangan yang lain. �Nampaknya enti berdua tiada alasan..ana taklifkan istighfar 1000 kali setiap hari selama seminggu. Amanahlah pada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui,� tegas presiden itu dengan nada serius. Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah akur dengan taklifan itu tanpa sebarang rungutan. Bagi mereka, mungkin itu hanyalah sebagai asbab dari Allah S.W.T untuk mendidik mereka memperbanyakkan istighfar.. berbaik sangka dengan Allah. �.dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar dalam PMUKM, kita perlu lebih berani dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq. Perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T. Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah. Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan. Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itilah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi�������� Laungan takbir oleh soff pimpinan Muslimin mengiringi noktah akhir ucapan Presiden PMUKM. Kalimah agung itu begitu gah bergema menggegarkan dewan. Usrah itu berakhir pada pukul 6.35 petang. Selepas mengemas buku catitannya, Khazinatul Asrar berjalan seiringan dengan Faranaqwiah menuju ke kamsis masing-masing. Kali ini langkahnya lebih bersemangat berbanding sebelumnya walaupun suhu badannya masih di takuk lama, semangat Islam yang bersemarak di dalam dada mujahidah. �Saudari!� satu sapaan kuat membuatkan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah berpaling serentak ke belakang. Sebuah kereta Perdana sedang berhenti beberapa meter dari mereka. kelihatan di dalamnya seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang tersenyum. Orangnya nampak bergaya. Hebat. Macho. �Siapa tu?� Khazinatul Asrar bertanya Faranaqwiah. Faranaqwiah mengangkat bahu sebagai isyarat tidak tahu. Kereta itu terus bergerak semakin mendekati mereka. lelaki itu memberi salam dengan sopan. Salamnya dijawab perlahan. �Encik ni nak jumpa siswi kat sini ke?� Faranaqwiah memberanikan diri untuk menduga. Lelaki itu hanya mehjawab dengan seulas senyuman kepada Faranaqwiah. Dia pula yang mula bertanya. �Saudari nie, Khazinatul Asrar kan?� telunjuknya menghala ke arah Khazinatul Asrar. �Ya, saya!� spontan Khazinatul Asrar menjawab. �Err�saya Mukhlisin�Ahmad Mukhlisin! Saya datang ni sebab nak minta maaf pasal nota-nota tue.� Khazinatul Asrar agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu tetapi dia kelihatan tenang mendengar kenyataannya. �Hijriah cakap, awak tak suka cara saya approach awak. Saya mula rasa bersalah dan nak minta maaf. Boleh awak maafkan saya?� wajah Mukhlisin bersarat harapan. �Lupakan�em, kalau dah tak ada apa-apa lagi, kami pergi dulu ya. Bimbang kalau mendatangkan fitnah pula,� Khazinatul Asrar sudah bersedia mengatur langkah. Dia ingin segera mengakhiri episod itu. Pandangannya dilontar ke dewan tempat usrahnya diadakan tadi seolah-olah dirasakan ada seseorang yang melihat mereka. Seseorang yang mungkin curiga dengan situasi itu. �Nantilah dulu�bukannya senang untuk saya berpeluang sebegini. Give me some minutes, please!� wajah Mukhlisin menterjemahkan betapa besarnya harapan. Khazinatul Asrar memandang Faranaqwiah. Faranaqwiah mengangguk perlahan sebagai isyarat supaya diberi ruang dan peluang kepada lelaki itu. Mukhlisin memandang Faranaqwiah dengan senyuman terima kasih. �Betulkah awak dah benar-benar memaafkan saya?� Mukhlisin masih curiga. �Saya tak suka mendendami sesiapa�� balas Khazinatul Asrar. �Tapi, awak macam masih marahkan saya! Berpuluh kali saya call tapi tinggal miss called jea,� luah Mukhlisin. �Awak takut saya marahkan awak?� duga Khazinatul Asrar, makin berani. �Tentulah�� pantas Mukhlisin menyahutnya. �Kenapa?� Khazinatul Asrar masih menduga. �Supaya awak tak bencikan saya�� jawab Mukhlisin. �Sepatutnya awak lebih takut kalau Allah S.W.T yang marah supaya Allah tidak benci�� tegas bicaranya. �Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak berniat nak mempermainkan awak. Niat saya baik. Ikhlas kerana Allah!� Mukhlisin membela diri. �Siapalah kita untuk menilai keikhlasan sendiri. Ikhlas ke tak ikhlas ke, itu urusan Allah, Allah Maha Mengetahui. Muhasabahlah balik tujuan awak untuk mendekati saya kerana dalam sedar ataupun tidak mungkin ianya didasari nafsu semata bukan atas pertimbangan akal,� Khazinatul Asrar masih bernada tegas. �Awak meragui keikhlasan saya?� soal Mukhlisin. �Sya tak bermaksud begitu. Sekadar ingatan dan langkah berhati-hati. Lagipun saudara adalah orang asing dalam hidup saya, memang menjadi haq saya untuk meragui setiap orang yang asing.� �Khazinatul Asrar�salahkah saya cuba untuk mengenali gadis yang baik untuk dijadikan isteri?� redup wajah Mukhlisin. Faranaqwiah tertunduk malu dengan kenyataan itu. Khazinatul Asrar masih mampu bertegas. �Tak ada hokum yang mengatakannya salah. Tapi saudara kena ingat. Matlamat tak menghalalkan cara. Cara mestilah syaro� mengikut lunas-lunas agama.� Jelasnya lembut kali ini nemun kenyataannya masih tegas. �Okeylah, okeylah�saya tak berniat berdebat apa-apa dengan awak. Cuma, saya ada satu permintaan. Mungkin yang pertama dan terakhir. Begini� saya ada perkara penting yang nak dicakapkan dengan awak, Khazinatul Asrar. Dah banyak kali saya cuba hubungi handset awak tapi nampaknya awak tak sudi langsung nak menjawabnya. Mungkin awak rasa saya nak mengganggu lagi. Itu silap saya sendiri kerana nota-nota tue. Tapi,saya harap sangat-sangat kita boleh jumpa malam ni, boleh kan?� ajakannya memang bersungguh-sungguh. Sinar matanya memancar harapan. �Maafkan saya, saudara! Berjumpa tanpa urusan yang munasabah antara lelaki dan perempuan bukanlah prinsip hidup saya. Saudara mungkin tersilap orang untuk diajak keluar,� nadanya lembut namun tegas. �Habis tue, takkan saya tiada peluang langsung untuk mengenali awak?� Mukhlisin berasa hampa dengan penolakan itu. �Saudara�untuk apa kita saling mengenali? Ianya hanya memberi kesempatan kepada syaitan untuk memudahkan kerjanya melalaikan manusia,� tegasnya lagi. �Tapi ini soal hati dan perasaan, bukan mainan. Saya tahu�saudari sebenarnya tak mahu mengenali saya kerana saya tak layak mengenali saudari, kan?� terluah satu kekecewaan dan kekesalan. �Maafkan saya. Saya langsung tak berniat memperkecilkan saudara. Antara kita tiada lebihnya melainkan darjah ketaqwaan yang semuanya menjadi urusan Allah. Siapalah diri saya untuk berlaku sombong�Saudara, saya buat begini semata-mata mengharap naungan keredhaan Allah untuk kebaikan kita bersama. Lagipun, saudara tak bimbangkah pada amaran Rasulullah bahawa mengenali seorang wanita mungkin menjadi fitnah kepada seorang lelaki?� Khazinatul Asrar cuba menenangkan perasaan Mukhlisin. �Memang Rasulullah sangat bimbangkan dengan bahaya fitnah wanita akhir zaman. Tapi bukannya semua wanita membawa fitnah. Wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Salahkah saya cuba mendapatkan hiasan yang sebaik-baiknya itu untuk hidup saya? Malah itu adalah hak dan impian semua lelaki,� Mukhlisin mempertahankan pendiriannya. Khazinatul Asrar terdiam. Setelah seketika barulah bersuara. �Saya tak mahu seorang lelaki yang menjadi harapan agama dalam gerak kerja memartabatkan Islam akan lalai dan menjadi lemah iman kerana saya. Apatah lagi intelektual Islam sehebat saudara. Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki. Kalaulah wanita hari ini terpelihara keperibadiannya dari pelbagai aspek, InsyaAllah akan lahirlah pemuda-pemuda Islam yang sanggup berada di jalan perjuangan sebagaimana keunggulan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang akhirnya melahirkan para ambiya�, auliya�, dan solohin yang unggul dan terbilang. Tarbiyah inilah yang cuba saya praktikkan pada diri saya. Oleh sebab itu saya tak mahu menghampiri perkara-perkara yang melalaikan seperti ajakan saudara ini. Maafkan saya,� Khazinatul Asrar cuba menjelaskan pendiriannya. �Saya tak kisah kalau awak menolak ajakan saya nie. Cuma�saya harap awak luangkanlah waktu fikirkan tentang perasaan saya terhadap awak. Saya benar-benar cintakan awak kerana Allah!� Mukhlisin semakin berani berterus terang. Tidak dihiraukan lagi rasa segan dan malu pada gadis itu. Pipi Khazinatul Asrar kemerah-merahan dengan kata-kata itu. Tak dapat dibendungnya lagi rasa malu kepada Faranaqwiah dan pada Mukhlisin sendiri. Tangan Faranaqwiah ditariknya sambil mengatur langkah meninggalkan Mukhlisin tanpa sebarang kata putus. Faranaqwiah yang sejak tadi setia memerhati terus setia mengikut rentak kaki temannya yang mara kehadapan. Matanya melirik kepada Mukhlisin yang semakin jauh ditinggalkan dengan persoalan. Kasihan padanya� �Syauqah�duri yang memagari diri. Tiba waktunya duri itu takkan lagi berbisa untukku. Oh, Khazinatul Asrar�� Mukhlisin memujuk hatinya sambil anak matanya mengekori setiap langkah sopan kedua-dua gadis itu. Setelah kedua-duanya hilang dari pandangan, keretanya dipecut laju. Semangatnya makin membara untuk menyunting mawar berduri itu. Tatkala melintasi suatu bus stop, dia terpandang Hijriah tercegat di situ. Keretanya berundur balik dan melencong ke bus stop tersebut. �Kenapa sorang jea kat sini? Lewat petang begini�bahaya tau! Nak balik kampus ke?� Mukhlisin mengambil berat terhadap jirannya. �Aku nak balik rumah. Esok, tak ada kuliyah. Kau pulak tentu dari Bangi kan� nak ke mana? Nak balik ke kampus Medic di KL ke?� Hijriah pulak bertanya bertubi-tubi. �Aku pun ingat nak balik Kajang nie. Marilah aku hantarkan kau sekali. Alah aku ni kan jiran kau�tak payahlah segan. Mari�� Mukhlisin cuba meyakinkan Hijriah yang kelihatan agak keberatan. Hijriah akur dan masuk ke dalam kereta. �Kau dari mana sorang-sorang ni?� tanya Mukhlisin prihatin. �Tak adalah. Aku bertiga tadi dengan Fadhila dan Humaira�. Diorang baru saja naik komuter balik kampus. Kami jalan-jalan jea. Ni kan hari minggu. Mestilah nak rehatkan fikiran,� jawab Hijriah. �Ish, final exam dah dekat pun ingat nak jalan-jalan lagi ke?� sindir Mukhlisin. �Alah sesekali jea. Fikiran yang tenang pun menjadi faktor kejayaan tau!� balas Hijriah. �Yea lah tu�aku nak tengok jea konvo hujung tahun nie kau masuk golongan first class atau tidak,� Mukhlisin sengaja nak tengok Hijriah marah. Hijriah menjeling geram. �Kau tue konvo jugak akhir tahun nie,kan�kalaulah kau masuk third class, akulah orang pertama yang akan ketawakan kau. Apa taknya siang malam asyik ingatkan si dia�� giliran Hijriah pula sinis menyindir. Mukhlisin tersenyum nakal. �Eh, marah pulak dia! Aku gurau jea tadi�Kau jangan lupa, course Medic tak main class-class tau, antara Pass atau Fail jea. Jangan jealous! Err,Hijriah�.Dia pun konvo sama-sama kita,kan?� wajah Khazinatul Asrar bertandang di fikiran Mukhlisin. Hijriah menggeleng lagi, �Kau ni memang�.kalau pasal Asrar mula nak berbaik dengan aku. Asrar buah hati kau tue nak sambung lagi sampai Phd lepas konvo ni tau! Kau pulak?� �Lepas konvo aku kena bertugas di hospital tengku Ampuan Afzan.nanti kalau kau sakit, marilah jumpa Dr.Mukhlisin. jangan lupa ajak dia sekali,� Mukhlisin bergurau. Hijriah mencebik bibir. �Tak malu!� bentak hatinya. �Aku rasa dia tak nak datang pun. Rela dia sakit daripada jumpa doktor yang niat tak betul macam kau. Aku pun lebih baik aku jumpa doktor yang lebih profesional dan berpengalaman. Takut bertambah sakit pulak aku bila tengok muka kau tu,� Hijriah mengusik Mukhlisin. Mukhlisin tiba-tiba rasa sedikit sensitive. �Kenapa dia tak boleh terima aku? Apa kurangnya aku?� melencong ke lain pulak perbualan Mukhlisin. Hijriah rasa simpati dengan kata-kata itu. �Engkau? Bagi aku�kau lelaki istimewa. Ada rupa, kemewahan dan pelajaran. Ketaqwaan tue, aku tak berani nak kata. Urusan Allah. Mungkin hatinya masih belum terbuka sebab dia nak tumpukan pada pelajarannya dulu. bersambung kebagian 6.
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 07:08:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015